Dins Blog | Internet Marketing

Internet Marketing | Tips | Blogging | Financial Planning

Menu
Menu

Untung ke Melabur Dalam Unit Trust?

Posted on August 14, 2019August 14, 2019 by admin

Untung Ke Melabur Dalam Unit Trust | Soalan yang sama saya tanya masa memula saya mengenali apa itu unit trust.Selepas mencari dalam internet ada pelbagai feedback bagi mereka yang dah melabur dalam unit trest.Ada yang untung…ada kata rugi.

Oleh kerana saya memang minat dalam bidang kewangan dan sebagai seorang yang mempunyai latar belakang perakaunan saya yakin mesti ada cara untung kita dapat untung dalam unit trust.Kerana harga unit trust ni turun naik seperti turun naik indeks Bursa Malaysia juga.

Jadi timing untuk melabur dalam unit trust ni bagi saya kena betul.Dan dana yang kita nak labur pun kena betul yang mempunyai rekod jangka panjang yang baik.Sebab melabur dalam unit trust ni mengambil masa dlm 3-5 tahun.Bukan macam kita melabur dalam saham di Bursa Malaysia ye.

Saya mula melabur dalam unit trust ni pada tahun 2008.Masa tu tengah gawat.Masa tu indeks Bursa Malaysia tengah merudum dalam 900 mata kalau tak silap.Harga unit trust masa tu pun banyak yg murah-murah.

Jadi saya masuk unit trust under CWA, saya tak ingat apa jenis dana tapi dlm masa tak sampai setahun keuntungan saya lebih kurang 21%.Woww menarikkan?Jadi bersemangat lagi nak invest dlm unit trust.

Jadi selama ni yg ada feedback negatif tu ada yg tak betul.Mungkin diorang tu invest time harga unit trust tu dah dipuncak.Bila beli berada dipuncak sekali harga jatuh habis la rugi.

Apa-apa pun dalam melabur kena cari dulu ilmu sebelum nak bermula.Bukan melabur je dalam apa jua kita kena ada ilmu.Kalau tidak kita tidak akan dapat apa yang kita hendakkan.

Jadi melabur dalam unit trust kalau kena cara memang bole untung.Opss saya lupa nak bagitau saya melabur guna KWSP Akaun 1.Korang bole dengar cakap UT consultant tapi pada masa yang sama korang kena juga berilmu sikit.Ade UT consultant yang hanya nak komisen je.Saya penah dapat UT consultant yang mcam ni.Janji konon boleh dapat untung sampai 19%.Yang tu saya tak boleh nak caya sebab untung unit trust ni tak menentu ada masa ok …ade masa tak ok..tengok juga keadaan ekonomi masa tu juga.

Adakah saya masih melabur dalam unit trust? Kita akan bincang dalam pos yang akan datang.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Panduan Pakej Video Ninja Blog Oleh Zyan
  • Untung ke Melabur Dalam Unit Trust?
  • Ebook Panduan Saham Percuma | Belajar Asas Saham
  • Ebook Japan Method – Panduan Borong Jepun Terbaik
  • Selamat datang..

Recent Comments

    Archives

    • October 2019
    • August 2019
    • July 2019

    Categories

    • Ebook
    • Pelaburan Saham
    • Pelaburan Unit Trust
    • Umum
    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    ©2022 Dins Blog | Internet Marketing | WordPress Theme by Superbthemes.com